Kelas ICT (Microsoft PowerPoint)

Pada hari Jumaat 10 Mac 2023 yang lalu, telah berlangsung Kelas ICT (Microsoft Powerpoint) bersama anak-anak komuniti Kesedar Jeram Tekoh yang ingin belajar asas bagi menggunakan Microsoft Powerpoint dengan baik. Pelajar yang menyertai kelas ini adalah seramai sepuluh orang pelajar. Kelas kali ini diajarkan oleh Pengurus PEDi Kesedar Jeram Tekoh. Kelas bermula jam 10.00 pagi dan tamat jam 12.00 tengahari selama dua jam di bilik latihan PEDi Kesedar Jeram Tekoh.

Kelas yang dianjurkan adalah bertujuan memberi pendedahan basic bagi menggunakan Microsoft Powerpoint dengan cara yang betul dan cara menggunakan tools yang ada dalam Microsoft Powerpoint kepada pelajar berdasarkan yang terkini. Pelajar diajar cara untuk membuat menulis dan membuat slide pembentangan yang menarik dengan menggunakan tools atau elemen- elemen dalam penulisan dengan teliti tanpa meninggalkan format yang diperlukan di dalam pembikinan slide pembentangan.

Pelajar juga diuji dengan soalan berkaitan pengetahuan bagaimana membezakan elemen-elemen yang terdapat dalam Microsoft Powerpoint oleh pengajar. Sesi soal jawab juga diadakan diakhir sesi kelas sebelum kelas tamat. Dan pelajar juga diminta untuk membuat slide pebentangan yang menarik mengikut kreativiti sendiri.

Maklumat lanjut sila layari http://jeramtekoh.pimaxis.my/aktiviti/2023/24Mac23_100323.html

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *