PEDi Tanjung Piai telah melakukan inisiatif tambahan dengan membuat hebahan mengenai permohonan baru dan kemaskini mengenai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023. STR yang telah dijenamakan semula dari Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) ini boleh dilakukan secara dalam talian atau pun penghantaran secara manual. Memandangkan STR ini boleh dilaksanakan secara dalam talian maka PEDi Tanjung Piai telah giat membantu penduduk kampung untuk mengemaskini permohonan mereka tanpa perlu ke LHDN.
Hebahan bantuan ini telah mula dilakukan bermula 1 Mac 2023 sehingga berakhir pada 31 Mac 2023. Seramai 200 orang penduduk kampung yang bernaung di mukim Serkat telah datang ke PEDi dalam usaha untuk membuat permohonan baru dan kemaskini maklumat masing-masing.
Hal ini secara tidak langsung membolehkan para komuniti kembali dekat dengan PEDi di samping boleh berkenalan antara petugas dengan pengguna. Kakitangan PEDi Tanjung Piai ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pengguna yang hadir bagi menjayakan agenda STR ini.
Maklumat lanjut sila layari http://tanjungpiai.pimaxis.my/aktiviti/2023/UpdateSTRMac.html