Membuat Kad Ucapan Hari Raya Menggunakan Canva

Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Lawang dengan usahasama PEDi Karangan, Batu Gajah dan juga Repek telah mengadakan sesi perkongsian secara atas talian berkenaan dengan cara membuat kad ucapan hari raya dengan menggunakan aplikasi Canva. Canva menawarkan banyak sumber percuma untuk pelajar dari semua peringkat umur, ibu bapa, guru dan pentadbir sekolah dan daerah mereka. Canva menawarkan beribu-ribu templat pendidikan berkualiti tinggi, percuma untuk mengajar dalam talian dan mendorong hasil pembelajaran. Di dalam perkongsian kelas ICT pada 16 April 2023 itu, staf PEDi Karangan selaku hos dan juga pengajar telah menunjukkan cara untuk membuat kad ucapan hari raya yang kreatif dan menarik langkah demi langkah bagi memudahkan penonton mengikuti langkah-langkah tersebut.

Cara membuat kad ucapan hari raya menggunakan Canva adalah seperti berikut; Buka Canva dan log masuk atau daftar diri untuk akaun baharu menggunakan e-mel, Google atau profil Facebook anda. Cari “Kad” untuk mula mereka bentuk. Pilih salah satu templat kad Canva yang direka secara profesional. Pilih pelbagai acara dan tema bersama warna serta gaya.Aplikasi yang sangat mesra pengguna ini boleh juga dimuatnaik ke dalam telefon pintar anda. iharap, dengan perkongsian selama satu (1) jam ini dapat memberikan manfaat kepada komuniti yang menonton dan dapat menceriakan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang akan menjelang tiba.

Maklumat lanjut http://kglawang.pimaxis.my/aktiviti/2023/KadRayaApr.html

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *