Pada 27 April 2023, satu kelas Bimbingan Asas Microsoft Office Word telah diadakan di PEDi Jerijeh. Peserta adalah terdiri daripada 1 orang penduduk tempatan Kampung Jerijeh. Bimbingan ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan tentang asas penggunaan Microsoft Office Word serta fungsinya. Peserta telah diajar tentang bagaimana untuk menggunakan tools yang terdapat dalam Microsoft Office Word dan staf yang bertugas telah membimbing peserta untuk menghasilkan surat rasmi.
Bimbingan yang berlangsung sekitar jam 9.00 pagi dan berlangsung selama 1 jam ini juga turut diselit taklimat ringkas mengenai asas komponen komputer dan Klik Dengan Bijak, Maklumat Palsu. Bimbingan tamat pada sekitar pukul 10.00 pagi.
Maklumat lanjut http://kgjerijeh.pimaxis.my/aktiviti/2023/WordApr3.html