Kelas ICT pada kali ini mengajak para peserta untuk mencipta Kad Ucapan Digital Hari Guru sempena hari guru yang bakal tiba pada bulan Mei ini. Peserta-peserta yang terdiri daripada pelajar tingkatan 1 Sekolah Menengah Sebuyau telah diajar cara menyunting kad digital menggunakan Canva.
Peserta juga diarahkan untuk menggunakan kreativiti sendiri bagi menghasilkan kad ucapan digital masing-masing. Di samping berjaya mencipta kad ucapan digital sendiri, peserta-peserta juga telah berjaya menggunakan aplikasi baru seperti canva untuk kegunaan di masa hadapan.
Maklumat lanjut http://kgbarutebelu.pimaxis.my/aktiviti/2023/WCTeachDayMei.html