Taklimat Klik Dengan Bijak

Pada 7 Mei 2023, PEDi Kg. Karangan dengan kerjasama PEDi Kluster Kuala Krai yang terdiri daripada PEDi Manek Urai dan PEDi Chuchuh Puteri telah mengadakan Taklimat Klik Dengan Bijak (KDB) bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Manek Urai, Kuala Krai Kelantan yang disertai oleh pelajar tingkatan 4 dan tingkatan 5 serta guru kelas yang berkenaan. Taklimat ini telah diadakan bermula pukul 10.30 pagi sehingga 12.30 tengahari bertempat di dewan sekolah tersebut.

Tujuan taklimat ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada para pelajar berkaitan KDB sebagai panduan penggunaan internet secara positif dan selamat. Antara perkara yang ditekankan dalam taklimat kali ini adalah berkaitan dengan Penipuan Atas Talian (Scammer) yang merangkumi topik wangiri, penipuan SMS, panggilan palsu dan penipuan media sosial. Objektif utama PEDi adalah bagi memberi kesedaran dan pendedahan maklumat bagi mengelakkan pengguna media sosial khususnya para pelajar dan remaja daripada terjebak dengan penipuan atas talian.

Selain memberi kesedaran tentang etika, tanggungjawab dan penggunaan internet yang positif berlandaskan nilai-nilai Islam, pihak PEDi turut mengadakan soal jawab dan kuiz berkaitan tajuk Scammer bagi menilai tahap pemahaman pelajar berkaitan isu-isu dan tajuk yang telah dikongsikan. Bersama itu juga turut disediakan hadiah serta cenderamata kepada pelajar dan juga pihak sekolah. Terima kasih kepada pihak SMK Manek Urai atas kerjasama bagi menjayakan program taklimat KDB di sekolah bersama-sama PEDi kluster Kuala Krai.

Maklumat lanjut http://kgkarangan.pimaxis.my/aktiviti/2023/KDBSMKManekUrai.html

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *