Photo Phone

Pada 9 Mei 2023, telah diadakan kelas Photo Phone Kelas Photo Phone kerjasama bersama KEMAS Ketereh. Seramai 15 orang peserta terdiri daripada usahawan di bawah KEMAS Ketereh telah mengambil bahagian. Kelas tersebut bermula dari jam 9 pagi sehingga 2 petang. Pada sesi ini, modul digunakan adalah Photo Phone iaitu pembelajaran asas cara-cara mengambil gambar/video dan hasilkan gambar/video dengan berkualiti.

Peserta diajar cara mengambil gambar/video, kenalpasti sudut (angle) gambar/video, pencahayaan gambar (lighting), dan cara susunan bahan atau produk ketika mengambil gambar/video supaya gambar produk yang dihasilkan menarik untuk di kongsikan ke media social sebagai marketing produk.

Selepas itu, selesai sesi pembelajaran teori Photo Phone, kelas diteruskan dengan sesi amali atau praktikal. Peserta ditugaskan untuk mengambil gambar produk masing-masing mengikut kaedah di dalam modul Photo Phone, mereka dipecahkan kepada 4 kumpulan. Selesai proses mengambil gambar, setiap kumpulan akan membentangkan hasil kerja berpasukan kepada tenaga pengajar, rakan kumpulan lain dan pegawai KEMAS itu sendiri.

Akhir sekali, kelas ini di sampaikan oleh Cik Asyidah RD PEDi Kg Chengal selaku tenaga pengajar untuk modul kali ini, yang juga dibantu oleh Cik Emma RD Jeram, dan Cik Fajaratu Nur RD Selising. Pihak PEDi Kg Chengal berharap dengan kelas ini, dapat memberi manfaat kepada para peserta dan usahawan KEMAS dengan pembelajaran yang diperolehi untuk dipraktikkan ke dalam perniagaan dan kehidupan harian.

Maklumat lanjut http://kgcengal.pimaxis.my/aktiviti/2023/PhotoPhoneMei.html

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *