Pada 11 Mei 2023 telah berjaya diadakan kelas Asas Editing Canva kerjasama bersama KEMAS Ketereh dengan seramai 15 orang peserta terdiri daripada usahawan di bawah KEMAS Ketereh. Kelas tersebut bermula dari jam 9 pagi sehingga 2 petang. Pada sesi ini, modul digunakan ialah Editing Canva.
Kelas dimulakan dengan pengenalan kepada Canva, kenalpasti template, dan fungsi alatan-alatan yang ada di Canva, seperti design, elements, draw, effects, animate, template dan lain-lain lagi. Seterusnya, peserta dimbimbing oleh tenaga pengajar langkah-langkah untuk membuat poster iklan produk menggunakan template dan alatan edit yang disediakan Canva.
Poster ini bertujuan untuk mempromosikan produk mereka secara iklan di platform media social dan sebagainya.
Selepas itu, selesai sesi pembelajaran teori Editing Canva, kelas diteruskan dengan sesi amali atau praktikal. Peserta ditugaskan untuk membuat poster iklan produk masing-masing secara individu. Setelah itu, selesai tugas membuat poster iklan produk masing-masing mereka membentangkan hasil kerja kepada tenaga pengajar, pegawai KEMAS dan rakan peserta, usahawan yang lain secara individu.
Akhir sekali, kelas ini di sampaikan oleh Encik Faris AM PEDi Kg Chengal selaku tenaga pengajar untuk modul kali ini, yang juga dibantu oleh Cik Asyidah RD Chengal, Cik Emma RD Jeram, dan Cik Fajaratu Nur RD Selising.
Pihak PEDi Kg Chengal berharap dengan kelas ini, dapat memberi manfaat kepada para peserta dan usahawan KEMAS dengan pembelajaran yang diperolehi untuk dipraktikkan ke dalam perniagaan dan kehidupan harian.
Maklumat lanjut http://kgcengal.pimaxis.my/aktiviti/2023/CanvaMei.html