Kelas Microsoft Office Word

Pada Jumaat, 12 Mei 2023, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Felcra Sungai Ara telah mengadakan satu Kelas Microsoft Office Word. Kelas ini diadakan adalah bertujuan untuk memberikan penerangan, panduan dan juga latihan berkaitan dengan penggunaan Microsoft Office Word. Mereka diberikan penerangan berkaitan dengan cara untuk memuat naik gambar dan meletakan teks pada gambar dengan menggunakan Microsoft Office Word.

Selain itu, mereka juga turut diberikan penerangan berkaitan dengan cara menaip dengan betul, cara untuk menukar huruf kecil kepada huruf besar, cara untuk meletakan garisan pada teks, cara untuk meletakan jarak diantara baris serta penggunaan jarak diantara teks. Di akhir kelas ini, mereka telah berjaya memahami cara untuk menggunakan Microsoft Office Word.

Maklumat lanjut http://felcrasungaiara.pimaxis.my/aktiviti/2023/WordMei.html

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *