Copywriting Dan Facebook Page

Pada 12 Mei 2023 (Jumaat) – PEDi Putrajaya telah meneruskan sesi pembelajaran untuk modul ke-4 yang bertajuk Latihan Keusahawanan bersama Pelajar Giatmara Putrajaya sesi 1/2023. Fokus utama bagi modul ini adalah penghasilan Copy Writing dan Facebook Page oleh para pelajar. Program diadakan selama dua jam bermula 10.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari yang bertempat di Bilik Latihan PEDi Presint 9 Fasa 10 yang dihadiri oleh 18 orang pelajar dan seorang guru pengiring. Bagi sesi pertama, peserta mempelajari cara untuk menghasilkan Copywriting dan modul ini dikendalikan oleh Encik Abu Khalaf yang merupakan Rakan Digital dari PEDi Presint 18.

Copywriting adalah proses menulis bahan kandungan bertulis bertujuan untuk pengiklanan dan pemasaran sesuatu produk, perkhidmatan atau idea. Pelbagai ilmu telah dikongsikan kepada para pelajar tentang teknik dan cara copywriting yang berkesan iaitu melalui konsep (Attention, Interest, Desire, Action).

Bagi sesi kedua, modul Facebook Page dikendalikan oleh Cik Adibah, Rakan Digital dari PEDi Presint 9 Fasa 10 dimana petugas menerangkan kepentingan Facebook Page dan membantu pelajar Giatmara Putrajaya mengendalikan laman Facebook Page secara individual di platform Facebook. Kemahiran ini bertujuan khusus untuk para pelajar Giatmara Putrajaya yang akan memulakan perniagaan setelah tamat kursus persijilan mereka pada bulan Jun 2023 nanti.

Maklumat lanjut http://presint16.pimaxis.my/aktiviti/2023/CopywritingFBMei.html

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *