Karangan – Sambutan Hari Raya

Kelas Mc. Word ini dijalankan pada hari Jumaat, iaitu 19 Mei 2023. Kelas ini disertai oleh dua orang peserta yang merupakan ahli PEDi Felda Perasu yang berumur 10 tahun. Kelas ini berlangsung selama satu jam bermula pada jam 9.30 pagi hingga 10.30 pagi di PEDi Felda Perasu. Di dalam kelas ini, peserta diajar semua benda yang berkaitan dengan Mc Word. Peserta ini diberikan tugas untuk membuat sebuah karangan yang bertajuk sambutan hari raya.

Peserta juga diajar mengenai cara bagaimana untuk mencari contoh karangan serta bahan-bahan untuk pembelajaran di internet. Di samping itu, peserta juga diajar cara untuk memuat turun gambar yang berkualiti dari internet dan memasukkan gambar tersebut di Mc. Word. Dengan wujudnya PEDi, pelajar dan komuniti setempat dapat belajar serta menggunakan perisian yang sedia ada dalam komputer dan internet serta dapat menambahkan ilmu yang berkaitan dengan teknologi sekarang. Selain itu, pelajar juga dapat mencetak tugasan tersebut di PEDi untuk disimpan sebagai rujukan.

Maklumat lanjut http://feldaperasu.pimaxis.my/aktiviti/2023/EssayMomDMei.html

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *