Kursus Latihan Pengendali Makanan

Pada 19 Mei 2023 (Sabtu), PEDi Kg. Jeriah dengan kerjasama NZ Bunga Venture telah melaksanakan Kursus Latihan Pengendali Makanan Siri 11 pada pukul 09:30 pagi sehingga pukul 12:30 tengah hari. Kursus tersebut telah dijalankan secara atas talian melalui aplikasi Zoom.

Kursus tersebut telah dihadiri oleh seorang pelajar sekolah. Objektif utama kursus Latihan Pengendali Makanan ini adalah untuk mendedahkan para peserta dengan cara penyediaan makanan yang betul, kebersihan dan keselamatan makanan serta faktor – faktor kritikal keracunan makanan.

Para peserta kursus Latihan Pengendali Makanan akan diberikan kuiz selepas selesai setiap sesi bagi menguji tahap kefahaman para peserta terhadap perkara yang telah dipelajari sepanjang kursus berlangsung. Diharapkan kursus seperti ini bermanfaat untuk komuniti seterusnya dapat mempraktikkan ilmu yang telah ditimba dalam kehidupan seharian kelak.

Maklumat lanjut http://kgjeriah.pimaxis.my/aktiviti/2023/FoodHanlingMei.html

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *