Sambutan Hari Raya Bersama Pedi Dan Jabatan Penerangan Jeli

Pada 15 Mei 2023, Isnin yang lalu sebuah Program Digital ICT dan Sambutan Hari Raya PEDi Lawang & Batu Gajah dengan kolaborasi bersama Jabatan Penerangan Jeli telah diadakan di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Batu Gajah bermula jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari. Tujuan Program Sambutan Hari Raya Aidilfitri ini dijalankan adalah untuk menghayati bulan – bulan kebesaran Islam, menanamkan sifat pemaaf dan pemurah antara orang Islam, dan memberi peluang kepada semua tetamu yang hadir berkongsi kegembiraan dalam menyambut hari raya tanpa ada perbezaan antara miskin dan kaya.

Di dalam program ini, kami telah menjemput guru-guru, ibubapa serta murid-murid dari Tabika Perpaduan Lawang bagi mengisi slot taklimat KDB oleh PEDi dan juga Jabatan Penerangan Jeli. Puan Norsuliza, pegawai dari Jabatan Penerangan Jeli telah menyampaikan sedikit maklumat berkenaan “scammer”. Selain itu, PEDi juga telah menganjurkan kuiz KDB dan juga pertandingan mewarna menggunakan tablet untuk adik-adik Tabika Perpaduan Lawang, Tanah Merah. Seramai 30 orang peserta telah hadir pada hari tersebut dan sambutannya sangat menggalakkan dan meriah. Kesemua mereka yang hadir memberikan kerjasama yang baik kepada kami.

Pihak Penerangan Jeli juga amat berbesar hati di atas kesudian PEDi untuk membuat program kolaborasi ini. Mereka berharap dapat Bersama-sama lagi dengan PEDi bagi menganjurkan program yang memberi manfaat kepada komuniti sekitar amnya yang berkaitan dengan ancaman keselamatan pengguna di internet dan juga untuk mendigitalkan kehidupan seharian komuniti sekitar agar mereka selari dan selaras dengan perkembangan teknologi masa kini.

Program ini diharap dapat memberi kesan yang mendalam kepada murid-murid dalam menghayati dan mengamalkan segala amalan yang afdhal dilaksanakan dalam kita bergembira menyambut Aidilfitri yang mulia. Semoga segala ibadah dapat kita laksanakan dengan sempurna dan disertai dengan amalan sunat yang dapat mendekatkan diri kepada Allah seterusnya untuk mencari keredhaanNya di dunia dan di akhirat. Selain itu semoga Aidilfitri yang diraikan ini membuka seribu ruang kemaafan sesama warga komuniti, staf PEDi serta staf Penerangan Jeli dan menjalinkan silaturrahim yang lebih utuh sebagai sebuah keluarga. Insyaallah.

Maklumat lanjut http://kglawang.pimaxis.my/aktiviti/2023/HariRayaMei.html

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *