Selasa – 16 Mei 2023 – PEDi Kg. Karangan telah mengadakan kelas ICT yang bertajuk buat gambar collage dengan menggunakan Canva. Peserta yang terlibat untuk kelas ini adalah merupakan pelajar tahun enam Sekolah Kebangsaan Kg Karangan. Pembelajaran kali ini bertujuan bagi memperkenalkan peserta kepada aplikasi digital bagi membuat gambar collage dengan menggunakan aplikasi percuma dan mudah. Aplikasi Canva merupakan satu alat bantu digital yang mempunyai pelbagai ciri dan elemen yang menarik untuk diterokai oleh para pelajar, usahawan, pendidik dan sebagainya.
Canva ini boleh diakases oleh setiap lapisan masyarakat untuk tujuan dan kegunaan yang berbeza seperti mereka bentuk flyers, poster, kad undangan, stiker, gambar collage dan banyak lagi. Pembelajaran ini dimulai perkongsian cara untuk menambah gambar ke dalam canva. Peserta boleh menggunakan gambar sendiri ataupun gambar yang di ambik daripada Google. Pengurus PEDi telah menunjukkan cara untuk memilih gambar, memuat naik gambar yang dipilih ke dalam aplikasi. Langkah seterusnya pula adalah memilih templat gambar collage yang telah tersedia di aplikasi mengikut kesesuaian gambar yang telah dipilih. Pengurus membantu peserta secara langsung supaya mereka mampu mengikuti setiap perkongsian dan seterusnya dapat menghasilkan gambar collage sendiri.
Justeru itu, kakitangan PEDi amat mengalu-alukan kunjungan masyarakat yang berminat untuk menyertai kelas-kelas yang dianjurkan untuk komuniti yang baru berjinak-jinak dalam bidang IT dan ICT. Kami amat menantikan kunjungan para komuniti dan berbesar hati untuk membantu komuniti meningkatkan ilmu pengetahuan serta meningkatkan kemahiran insaniah dalam mengisi masa lapang dengan lebih bermanfaat untuk masa depan yang lebih baik.
Maklumat lanjut http://kgkarangan.pimaxis.my/aktiviti/2023/CollageCanvaMei.html