Pada 20 Mei 2023 yang lalu, pihak PEDi Batang Maro telah menjalankan kelas asas Microsoft word iaitu membuat ejaan perkataan dalam Bahasa inggeris atau spelling. Kelas ini telah di hadiri oleh 7 orang murid SK Batang Maro. Objektif utama kelas tersebut adalah untuk menguatkan daya ingatan dan hafalan sesuatu perkataan dalam Bahasa inggeris. Seterusnya boleh meningkatkan perbendaharaan kata setiap peserta.
Selain itu, manfaat dari mempelajari spelling juga merupakan satu komponen untuk menghasilkan komunikasi yang baik serta lancar. Oleh itu, berkomunikasi dalam Bahasa inggeris sangatlah penting untuk diterapkan dalam diri masing-masing supaya dapat meningkatkan kemampuan diri dalam Bahasa asing.
Maklumat lanjut http://batangmaro.pimaxis.my/aktiviti/2023/WordSpellingMei.html