Kelas Pemasaran Digital & Photophone

Pada 10 Mei 2023, Bertempat di KEMAS Simpang Empat telah diadakan kelas asas fotografi menggunakan ‘smart phone’ . Memberi pendedahan cara yang betul untuk mengambil gambar produk dengan menggunakan ‘smart phone’. Peserta di beri penerangan ringkas tentang penggunaan ‘smart phone’ di dalam bidang fotografi. Peserta diberi penerangan mengenai teknik-teknik mengambil gambar. Fokus kepada fotografi produk.. Selepas mendengar penerangan, peserta perlu mengambil gambar menggunakan teknik yang dipelajari.

Ia bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para usahawan tentang teknik pemasaran menggunakan teknik fotografi ‘flat lay’ dan video pendek dalam memasarkan produk mereka.Program ini juga membantu usahawan dalam mempelajari teknik ini dengan lebih mendalam dan dapat memasarkan produk mereka dengan lebih teratur.Kelas ini merupakan salah satu cara pemasaran yang perlu digunakan oleh usahawan agar dapat mengembangkan lagi bisnes mereka.

Usahawan juga dapat mengetahui cara-cara untuk menghasilkan video pendek berdurasi 1 minit serta pemilihan lagu yang bersesuaian. Peserta dapat mempelajari keunikan produk sendiri untuk menghasilkan video pendek yang menarik. Di samping itu dengan aktivi seperti ini dapat mempromosikan Pusat Internet sebagai “ one stop center ” bagi komuniti setempat dalam pembelajaran dan ICT.

Maklumat lanjut http://kgsuraurpa.pimaxis.my/aktiviti/2023/PhotophoneMei.html

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *