Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri

Felda Taib Andak telah mengadakan majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri pada 14 Mei 2023,Sabtu di Dewan Raya Felda Taib Andak. Sambutan ini telah diadakan anjuran bersama FELDA, FPMSB, JKKR, JPKK dan badan-badan di Rancangan FELDA Taib Andak. PEDi Felda Taib Andak telah dijemput hadir untuk memeriahkan majlis. Majlis yang bermula pada jam 8.30 malam sehingga 10.30 malam itu telah dimulakan dengan ketibaan kehadiran penduduk Felda Taib Andak dan beberapa tetamu khas. Pelbagai jenis juadah makanan disediakan antara nya ialah nasi minyak, lemang dan beberapa jenis kuih muih.

Majlis telah diteruskan dengan meraikan beberapa penduduk Felda Taib Andak yang telah terpilih untuk pergi menunaikan Fardhu Haji pada tahun ini. Mereka telah menerima sedikit sumbangan daripada pihak FELDA. Kemeriahan diteruskan lagi dengan acara nyanyian dari Persatuan GPW dan kanak-kanak yang hadir telah menerima sumbangan duit raya. Sambutan ini bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim bersama penduduk serta memeriahkan lagi sambutan Hari Raya pada tahun ini.

Maklumat lanjut http://feldataibandak.pimaxis.my/aktiviti/2023/SmbtnRayaMei.html

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *