Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Presint 9 Fasa 3 dan Fasa 10 telah menjalankan Kelas Asas Komputer Bersama KEMAS Kaktus 2. Kelas ICT ini khusus untuk adik-adik tabika yang berumur 5 dan 6 tahun. Kelas ini telah diadakan di PEDi Presint 9 Fasa 3. Seramai 17orang pelajar yang terdiri daripada 6 orang pelajar perempuan dan 11 orang pelajar lelaki telah menyertai kelas ini. Kelas ini juga turut dibantu oleh Pengurus PEDi Presint 9 Fasa 10 dan seorang guru tabika KEMAS. Kelas bermula pada jam 9.30 pagi dan diakhiri pada jam 10.30 pagi.
Aktiviti yang telah dijalankan pada hari ini adalah pengenalan asas perkakasan komputer seperti Monitor, Tetikus, Papan Kekunci dan sebagainya serta fungsi dan kegunaanya. Selain itu, adik-adik tabika juga berpeluang belajar sambil bermain dalam aktiviti (alphabet order) di laman web www.abcya.com dan belajar mengira serta mengenali nombor di jam di laman web digipuzzle. Kelas diakhiri dengan sesi tayangan video Kalau Rasa Gembira Didi and Friends dan Alif Ba Ta Upin Ipin.
Maklumat lanjut http://presint9f3.pimaxis.my/aktiviti/2023/KelasKompMei2.html