Pada 19 Mei 2023, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Melugu telah mengadakan program ceramah advokasi bersama ketua kampung dan penduduk Kampung Melugu di bawah pimpinan TR Philip anak Jol dari kawasan Tekalong ‘B’. Program ini diadakan bertujuan untuk mendidik penduduk kampung dengan advokasi dan memperkenalkan kelas/program yang diadakan di PEDi Melugu.
Para peserta telah didedahkan dengan isu-isu semasa berkaitan dengan teknologi dan komunikasi pada masa kini seperti Check your label, Panggilan Palsu, Terlebih Kongsi, Pengurusan risiko dalam talian dan sebenarnya.com.
Mereka diingatkan untuk berwaspada semasa berinteraksi di dalam talian (online) untuk mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan sindiket dalam talian. Mereka turut diajar cara untuk memeriksa kesahihan sesebuah peranti elektronik melalui segmen Check Your Label.
Selain itu, mereka turut diterangkan tentang maksud penipuan kewangan dan cara untuk mencegah diri supaya tidak menjadi mangsa penipuan dalam talian. Peserta juga didedahkan dengan cara untuk memeriksa kesahihan sesebuah maklumat yang beredar di media sosial supaya tidak menyebarkan maklumat palsu dalam kalangan masyarakat.
Maklumat lanjut http://melugu.pimaxis.my/aktiviti/2023/CeramahTRPhilipMei.html