Cyber Grooming, Bullying, Stalking

Pada 24 Mei yang lalu, kelas KDB dan Advokasi telah diadakan di bilik latihan PEDi Tebelu . Seramai 8 orang pelajar sekolah rendah telah menyertai kelas yang diadakan ini. Kelas ini berlangsung selama 1 jam. Kelas ini terbahagi kepada beberapa bahagian and sesi. Sesi pertama mengenai CYBER GROOMING. Pada sesi ini, pelajar telah didedahkan kepada ciri-ciri online grooming supaya mereka lebih peka kepada pemangsa dan dapat membantu membanteras jenayah siber ini.

Sesi kedua pula mengenai CYBER BULLYING. Ini bukanlah perkara baru yang perlu diterangkan kepada pelajar kerana isu ini adalah isu yang sudah lama terjadi dalam kitaran masyarakat kita. Perbezaannya Cuma buli pada zaman dulu adalah secara verbal manakala buli pada zaman ini adalah di alam siber. Sesi terakhir mengenai CYBER STALKING. Ini adalah isu yang seringkali diperkatakan untuk tidak mengkongsikan butiran dan maklumat peribadi kepada orang luar tanpa mengenal batasan.

Maklumat lanjut http://kgbarutebelu.pimaxis.my/aktiviti/2023/CyberGroomingMei.html

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *