Pada 10 Mei 2023, telah berlangsung Advokasi KDB & Shopee @ Kursus Jangka Pendek KEMAS Parlimen Arau 2023. Program ini berlangsung di Pusat Kegiatan Masyarakat KEMAS Simpang Empat bermula pada 9 pagi hingga 5.00 Petang. Program ini diadakan untuk menyampaikan informasi tentang PEDi yang memainkan pelbagai peranan termasuk menyampaikan informasi tentang maklumat palsu dan klik dengan bijak kepada remaja di peringkat pengajian tinggi.
Tambahan juga diselitkan sekali pendedahan tentang membina platform perniagaan secara dalam talian menggunakan platform shopee. Kursus ini melibatkan kerjasama antara PEDi Tambun Tulang, PEDi Batas Lintang & PEDi Padang Besar Selatan. Dengan adanya program seperti ini, ianya dapat merapatkan hubungan PEDi dengan komuniti, dapat memperkenalkan PEDi dengan lebih dekat dan dapat mengambil pendekatan ini untuk menggalakan komuniti mendapatkan kemudahan yang PEDi sediakan.
Selain itu, Program ini juga di harap dapat mempromosikan PEDi kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran dan membantu mempromosikan usahawan tempatan serta dapat membantu usahawan untuk meningkatkan pendapatan.
Maklumat lanjut http://bataslintang.pimaxis.my/aktiviti/2023/KDBShopeeMei.html