Kelas Advokasi Buli Siber

Ahad bersamaan 4 Jun 2023, Pusat Ekonomi Digital (PEDi Spaoh) telah mengadakan kelas Advokasi Buli Siber. Tujuan program ini dijalankan adalah untuk memberi pendedahan yang lebih mendalam kepada masyarakat serba sedikit ilmu berkaitan buli siber. Program sebegini dapat membantu masyarakat lebih mendalami dan cakna akan isu buli siber.

Kelas Advokasi Buli Siber dilakukan secara bersemuka yang melibatkan tujuh orang pelajar terdiri daripada 4 pelajar sekolah rendah dan 3 pelajar sekolah menengah. Soal jawab turut dilakukan di penghujung sesi bertujuan untuk mengetahui sejauh mana kefahaman para pelajar faham isu yang dibincangkan. Petugas PEDi turut menyediakan satu kuiz mengguna Wordwall untuk memberi peluang para pelajar yang hadir lebih memahami isu yang sedang dibincang bersama.

Antara kebaikan aktiviti ini adalah:

Para pelajar dapat mengetahui definisi buli siber dengan lebih mendalam
Para pelajar dapat mengenal pasti ciri-ciri yang terdapat kepada orang yang dibuli
Para pelajar dapat mempraktikkan petua keselamatan yang diperlukan ketika di alam maya
Kesan-kesan buli siber turut diperjelaskan kepada para pelajar.

Program sebegini dapat membentuk jati diri yang utuh dalam diri pelajar agar mereka lebih cakna akan isu-isu semasa dan cara untuk mengelakkan diri dari terjerumus dalam isu buli siber.

Maklumat lanjut http://kgbaruspaoh.pimaxis.my/aktiviti/2023/CyberBullyJun.html

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *