Pada Sabtu, 10 Jun 2023, Advokasi Keselamatan di Atas Talian telah diadakan bersama pelajar sekolah rendah. Kelas ini bertujuan memberi pendedahan berkaitan isu-isu yang melibatkan kesedaran keselamatan ketika melayari internet. Diantara kandungan keselamatan internet yang telah dibincangkan ialah seperti:
-Buli Siber dan Penipuan Identiti.
-Penyamaran Pihak Berkuasa (Macau Scam) dan Pelaburan Tidak Wujud
-Penipuan Dalam Talian E-Dagang dan Penipuan Pekerjaan Dalam Talian
Semoga dengan keberadaan PEDi Sebandi Ulu sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada masyarakat setempat dan pelajar sekolah dalam menangani permasalahan siber. Intipati program adalah seperti berikut:
-Penerangan dan Perbincangan
-Tayangan video
-Soalan & Jawapan
Maklumat lanjut http://sebandiulu.pimaxis.my/aktiviti/2023/On9SecureJun.html