Pusat Ekonomi Digital Presint 9 Fasa 3 dan Pusat Ekonomi Digital Presint 9 Fasa 10 telah mengadakan Kelas Asas Komputer Bersama Tabika KEMAS bagi sesi ke 5. Pada sesi kali ini, seramai 20 orang pelajar Tabika Kemas Kaktus 2, Presint 9 Putrajaya telah menghadiri kelas ini melibatkan 14 orang pelajar lelaki dan 6 orang pelajar perempuan. Kelas ini telah diadakan bertempat di Bilik Latihan PEDi Presint 9 Fasa 3 bermula pada pukul 9.30 pagi sehingga 10.30 pagi.
Pada sesi pertama petugas PEDi, Puan Sarah memberi penerangan beserta tayangan gambar perkakasan komputer seperti Monitor, Tetikus, Papan Kekunci serta menerangkan setiap fungsi dan kegunaannya. Pada kali ini, setiap pelajar berpeluang mempelajari dan membuat aktiviti pembelajaran – Alphabet Bubble di laman web www.abcya.com dan Photo Puzzles till 10 di laman web digipuzzle.net di komputer masing-masing. Diakhir peserta diminta berkumpul di hadapan skrin utama untuk aktiviti soft skill – video senaman Chicken Dance dan Ram Sam Sam sebagai aktiviti tambahan.
Maklumat lanjut http://presint9f10.pimaxis.my/aktiviti/2023/KelasKompJun.html