Kelas IOT & STEM

PEDi Putrajaya telah menjalankan satu program sempena cuti persekolahan bagi tahun 2023. Fokus utama program ni adalah untuk memenuhi masa terluang pelajar-pelajar dengan menjalankan aktiviti yang interaktif iaitu aktiviti STEM (Bina Bangunan) dan IOT (Cipta Game menggunakan Scratch). Program diadakan dua sesi iaitu sesi pagi bermula 10.00 pagi sehingga 12.00 dan sesi kedua pada 2.00 Petang sehingga 5.00 petang bertempat di Bilik Latihan PEDi Presint 18 yang dihadiri oleh 13 orang pelajar turut disertai oleh staff dari PEDi Presint 16, Presint 9 Fasa 10 dan Presint 9 Fasa 3 sebagai pembantu.

Bagi sesi pertama, penerangan serta tunjuk ajar berkenaan dengan aplikasi scratch yang akan digunakan untuk menjalakan aktiviti IOT iaitu cara mencipta game ringkas iaitu game menagkap apple. Pelajar diberi penerangan dan cara bagaimana untuk mengendalikan coding yang bakal dibina untuk mencipta game tersebut. Coding yang digunakan untuk menggerakkan objek yang ada di dalam game tersebut. Pelajar memberi fokus dan tumpuan yang baik sepanjang pembelajaran. Di akhir aktiviti setelah berjaya menghasilkan game mereka diberi peluang untuk bermain dengan permainan yang cipta tersebut.

Bagi sesi kedua, aktiviti yang dijalankan adalah STEM iaitu membina bangunan menggunakan tanah liat dan pencungkil gigi. Aktiviti ini dijalankan adalah untuk melihat kreativiti pelajar agar dapat menghasilkan sebuah bangunan dan melihat kekukuhan bangunan yang dibina. Mereka menjalankan aktiviti ini secara berkumpulan. Dari kumpulan ini juga kami dapat melihat kerjasama yang diberikan dalam sesuatu kumpulan tersebut.

Maklumat lanjut http://presint16.pimaxis.my/aktiviti/2023/IOTSTEMJun.html

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *