Pada 11 Jun 2023 (Ahad), PEDi Kg. Jeriah dengan kerjasama NZ Bunga Venture telah melaksanakan Kursus Latihan Pengendali Makanan Siri 13 pada pukul 09:30 pagi sehingga pukul 12:30 tengah hari. Kursus tersebut telah dijalankan secara atas talian melalui aplikasi Zoom. Kursus tersebut telah dihadiri oleh 2 orang peserta di mana seorang peserta menghadiri kursus tersebut secara atas talian di rumah manakala seorang lagi peserta hadir secara fizikal ke PEDi Kg Jeriah.
Objektif utama kursus Latihan Pengendali Makanan ini adalah untuk mendedahkan para peserta dengan cara penyediaan makanan yang betul, kebersihan dan keselamatan makanan serta faktor – faktor kritikal keracunan makanan. Para peserta kursus Latihan Pengendali Makanan akan diberikan kuiz selepas selesai setiap sesi bagi menguji tahap kefahaman para peserta terhadap perkara yang telah dipelajari sepanjang kursus berlangsung. Diharapkan kursus seperti ini bermanfaat untuk komuniti seterusnya dapat mempraktikkan ilmu yang telah ditimba dalam kehidupan seharian kelak.
Maklumat lanjut http://kgjeriah.pimaxis.my/aktiviti/2023/FoodHandlingJun.html