Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah membantu komuniti felda sungai lui untuk mengisi E-Failing melalui portal MYTAX yang diadakan secara online. Melalui sistem eFiling ini, setiap individu akan mengisi sendiri jumlah pendapatan tahunan, penolakan cukai (derma dan hadiah), pelepasan cukai dan rebat cukai. Bagi yang baru pertama kali nak hantar borang taksiran cukai pendapatan, perlu daftar dahulu di eDaftar untuk dapatkan nombor permohonan dan cipta Fail Cukai Pendapatan.
Golongan yang perlu daftar melalui eDaftar adalah:
-Individu yang memperoleh pendapatan layak dikenakan cukai (bermula tahun 2015 hingga sekarang, gaji minimum yang dikenakan cukai pendapatan adalah RM 34,000 setahun / RM 2,833.33 sebulan, selepas potongan KWSP)
-Pekerja baru yang dikenakan Potongan Cukai Berjadual (PCB)
-Individu yang menjalankan perniagaan sendiri/kecil-kecilan
-Syarikat yang baru memulakan perniagaan
-Individu/syarikat yang ingin menuntut bayaran balik kredit cukai yang telah dipotong daripada pendapatan dividen
Kelas bermula pada jam 3.00 petang dan berakhir pada jam 04.00 petang.
Maklumat lanjut http://sglui.pimaxis.my/aktiviti/2023/MYTAXJun.html