PEDi Presint 9 Fasa 10 telah mengadakan Kelas Asas Applikasi Scratch untuk ahli PEDi terdiri daripada 11 orang peserta lelaki dan latihan ini berlangsung selama 2 jam bermula pada pukul 3.00 petang sehingga 5.00 petang bertempat di Bilik Latihan PEDi Presint 9 Fasa 10. Scratch merupakan sebuah applikasi yang digunakan untuk membuat game, cerita online dan animasi secara atas talian dan ianya percuma. Sepanjang kelas ini berlangsung petugas PEDi Presint 18, PEDi Presint 16 dan PEDi Presint 9 Fasa 3 turut sama membantu peserta yang hadir bagi memastikan kelas pembelajaran berjalan dengan lancar.
Pada permulaan sesi, petugas memberi penerangan ringkas mengenai topik yang akan dipelajari dan tugasan yang perlukan dilaksanakan oleh peserta. Seterusnya peserta diminta untuk mendaftar akaun Scratch untuk memudahkan mereka untuk menyimpan hasil rekaan game. Petugas memberikan penerangan pada setiap bahagian dan fungsi di dalam applikasi tersebut dan memberi tunjuk ajar cara mengikut step untuk memastikan peserta berjaya menghasilkan game tersebut. Setiap peserta diberi masa untuk melengkapkan tugasan iaitu mereka cipta permainan soccer game secara individual. Peserta perlu menggunakan coding yang tepat dan bersesuaian supaya game tersebut berjaya dihasilkan.
Sebagai aktiviti tambahan, diadakan latihan kuiz pembelajaran menggunakan applikasi kahoot bertemakan subjek Bahasa Melayu. Soalan kuiz hanya akan dipaparkan pada skrin host dan peserta perlu memilih jawapan yang tepat di skrin komputer mereka mengikut tempoh masa yang ditetapkan. Diakhir setiap kuiz, nama dan markah bagi 3 orang peserta yang mendapat markah teringgi akan dipaparkan pada skrin utama.
Maklumat lanjut http://presint9f10.pimaxis.my/aktiviti/2023/ScratchJun.html