Sekali lagi PEDi Kg Taee dihadiri oleh komuniti untuk menggunakan bilik latihan PEDi. Tujuan beliau adalah untuk menggunkan kemudahan komputer serta belajar untuk memasarkan produk untuk beliau usahakan. Beliau berhasrat untuk membuka kedai runcit secara kecil-kecilan dan jualan online. Beliau meminta pendapat dan tunjuk ajar daripada pengurus PEDi untuk menjadikan online marketing sebagai platform utama dalam memasarkan produk.
Dalam masa yang sama beliau meminta guide untuk membuat resume serta membuat sedikit penyelidikan untuk berjinak-jinak dalam perniagaan atas talian. PEDi Kg Taee sentiasa memberi peluang dan membantu sesiapa sahaja yang ingin menjadi usahawan.
Maklumat lanjut http://kgtaee.pimaxis.my/aktiviti/2023/KemudahanKomJun.html