SOFT SKILLS (Pembentangan Kumpulan)

PEDi Putrajaya seterusnya telah sambung menjalankan program sempena cuti sabtu dan ahad. Fokus utama program ni adalah untuk memenuhi masa terluang pelajar-pelajar dengan menjalankan aktiviti yang interaktif iaitu aktiviti STEM (Tangan Robotik). Program diadakan pada jam 3.00 petang sehingga jam 6.00 petang yang bertempat di Bilik Latihan PEDi Presint 9 Fasa 10 yang dihadiri oleh 14 orang pelajar turut dibantu oleh staff dari PEDi Presint 16, Presint 18 dan juga Presint 9 Fasa 3.

Bagi sesi permulaan peserta-peserta ditayangkan video KDB – Buli Siber & ‘Oversharing’ yang bertujuan untuk memberikan kesedaran kepada belajar keburukan Buli Siber dan padah terlebih kongsi maklumat peribadi. Kemudian staff memberikan penerangan serta tunjuk ajar tentang aktiviti yang akan dijalankan iaitu mencipta Tangan Robotik dengan menggunakan penyedut minuman, kertas dan benang. Aktiviti ini dijalankan adalah untuk melihat kreativiti pelajar agar dapat menghasilkan sebuah tangan robotik dengan bahan-bahan yang disediakan. Mereka menjalankan aktiviti ini secara berkumpulan. Dari kumpulan ini juga kami dapat melihat kerjasama yang diberikan dalam sesuatu kumpulan tersebut.

Seterusnya, pada 5.00 petang sesi akan diteruskan dengan sesi pembentangan (Soft Skills) hasil kerja masing-masing, mereka akan mempersembahkan hasil kerja tangan robotik yang dicipta mereka dihadapan peserta-peserta yang lain. Fokus utama sesi ini adalah untuk melihat kemahiran pelajar untuk bercakap dihadapan orang ramai disamping dapat meningkatkan tahap keberanian peserta-peserta tersebut. Sesi terakhir adalah sesi penyampaian hadiah kepada pemenang kumpulan tangan robotik yang berjaya mencipta tangan robotik yang kukuh dan pembentangan kumpulan paling menarik. Akhir sekali program ini telah disempurnakan dengan sesi bergambar bersama-sama.

Maklumat lanjut http://presint16.pimaxis.my/aktiviti/2023/RobotikSoftSkillJun.html

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *