Seramai 4 orang peserta terdiri daripada 2 lelaki dan 2 perempuan hadir ke PEDi Presint 9 Fasa 10 untuk mengikuti kelas ICT yang dianjurkan bersama PEDi Presint 9 Fasa 3 bermula pada pukul 3.00 petang sehingga 4.30 petang. Sesi pembelajaran berlangsung selama 1 jam 30 minit bertempat di Bilik Latihan PEDi Presint 9 Fasa 10.
Petugas menerangkan kepada peserta mengenai perisian komputer bertujuan sebagai pendedahan awal sebelum meneruskan sesi pembelajaran dan sekaligus dapat menambah pengetahuan serta kemahiran mereka. Petugas telah menyediakan aktiviti permainan pendidikan yang perlu dilakukan secara atas talian – Word Search Puzzle, dimana peserta dikehendaki mencari perkataan tersembunyi bertemakan klik dengan bijak, teknologi dan maklumat palsu. Melalui aktiviti seperti ini dapat menguji ketajaman mata dan mengasah minda peserta untuk mencari perkataan dengan pantas. Ini dapat melatih mereka untuk lebih peka dan menjadikan minda mereka lebih aktif.
Maklumat lanjut http://presint9f3.pimaxis.my/aktiviti/2023/EDUGameJul.html