Kelas ini telah dihadiri oleh 2 orang perempuan pelajar sekolah lepasan SPM. Kelas ini telah diadakan dari pukul 9.00 pagi hingga 11.00 pagi bertempat di Pusat Latihan PEDi Machan. Tujuan kelas ini bagi membantu para pelajar khususnya lepasan SPM dalam membuat pembentangan yang menarik dan tidak membosankan menggunakan powerpoint.
Antara topik dan aktiviti utama dalam kelas ini adalah :
Menyediakan jenis template yang konsisten dan kemas
Menambah gambar atau objek ke dalam slaid yang disediakan
Menambah animasi/bunyi ke dalam slaid
Mengunakan carta/jadual dalam slaid
Selepas selesai kelas tersebut pelajar telah diberikan taklimat KDB iaitu Jenayah Siber. Taklimat ini berguna untuk memberi kesedaran tentang pembangunan pesat teknologi komunikasi sekarang yang sangat membimbangkan sekiranya tidak di gunakan secara positif.
Maklumat lanjut http://machan.pimaxis.my/aktiviti/2023/PPTJun2.html