Pada hari Sabut, 15 Julai 2023, Pusat Ekonomi Digital Bengoh telah mengadakan satu program bersempena dengan cuti hujung minggu bersama dengan kanak-kanak tempatan. Dalam aktiviti ini, seramai 6 orang kanak-kanak lelaki berusia dalam ringkungan 6 hingga 10 tahun telah menyertai aktiviti sukan neka ringan iaitu Senam Aerobik dan menjawab teka-teki bergambar. Aktiviti ini telah berlangsung selama 2 jam, bermula pada pukul 2:30 petang ke 4:00 petang. Aktiviti dimulakan dengan senam aerobik dimana para peserta digalakkan untuk menari dan mengikut rentak video senam aerobik yang sesuai untuk peringkat usia mereka.
Untuk memudahkan pergerakkan kanak-kanak tersebut, kami juga turut menyertai senam aerobik tersebut untuk mengalakkan serta membimbing langkah para peserta muda kita. Objektif aktiviti ini diadakan adalah untuk menggalakkan minat bersenam dalam kalangan kanak-kanak dalam bentuk tarian dan muzik. Tambahan lagi, aktiviti ini juga dapat membantu kanak-kanak tersebut untuk meluangkan waktu cuti hujung minggu dengan lebih berfaedah dengan bersenam dan bergaul bersama rakan sebaya. Para peserta muda turut dikongsikan dengan video “Klik dengan Bijak” iaitu “Berita Palsu”. Di akhir aktiviti ini, kami berharap agar setiap pembelajaran dan maklumat yang dikongsikan dapat memberi manfaat kepada peserta di masa depan.
Maklumat lanjut http://bengoh.pimaxis.my/aktiviti/2023/SenamrobikJul.html