Pada hari Selasa, 18 Julai 2023, Pusat Ekonomi Digital Bengoh telah mengikuti satu webinar atas talian bersama dengan TEKUN Nasional bersama usahawan tempatan PEDI Bengoh. Dalam webinar ini, kami telah disertai oleh Rakan Digital Pedi Bengoh dan seorang usahawan Home-Based, Puan Barbara. Webinar ini telah berlangsung selama 1 jam 30 minit. Webinar ini telah diadakan atas talian bersama dengan PEDi lain dan usahawan-usahawan lain seluruh Malaysia.
Lebih kurang 300 peserta telah menyertai Webinar yang disediakan secara percuma ini. Sesi soal jawab juga disediakan untuk menggalakkan peserta berkongsi soalan yang mereka ingin faham. Objektif webinar ini diadakan adalah untuk berkongsi mengenai syarat-syarat dan pakej yang ditawarkan kepada usahawan BUMIPUTERA yang berminat untuk mengembangkan perniagaan kecil mereka.
Di akhir aktiviti ini, kami berharap agar setiap pembelajaran dan maklumat yang dikongsikan dapat memberi manfaat kepada peserta di masa depan.Sekian, terima kasih.
Maklumat lanjut http://bengoh.pimaxis.my/aktiviti/2023/TEKUNJul.html