Pada 18 Julai 2023, PEDi Sibuti telah mengikuti Webinar Akses Pembiayaan Tekun Nasional Siri 1/2023 anjuran TEKUN Nasional dan Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (MCMC). Webinar ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan berkongsi maklumat pembiayaan kepada usahawan Bumiputera dan masyarakat India yang menjalankan perniagaan patuh syariah bagi pengembangan perniagaan.
Kursus ini telah diadakan secara atas talian menggunakan aplikasi Zoom di Bilik Latihan, PEDi Sibuti. Seramai 2 orang peserta yang telah menyertai webinar.
Maklumat lanjut http://sibuti.pimaxis.my/aktiviti/2023/TekunGrantJul.html