Pada 14 Julai 2023, telah berlangsung Advokasi KDB @ Master Chef. Program ini berlangsung di GENIUS Tambun Tulang bermula pada 9.00 Pagi hingga 9.30 Pagi. Progran ini disertai oleh PEDi Tambun Tulang dan PEDi Batas Lintang. Tujuan program ini diadakan adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran ibu bapa dalam penyediakan makanan bernutrisi serta memupuk semangat kerjasama berpasukan. Program masakan ini disertai oleh ibu bapa kanak kanak GENIUS Tambun Tulang.
Dengan adanya program seperti ini, ianya dapat merapatkan hubungan PEDi dengan komuniti, dapat memperkenalkan PEDi dengan lebih dekat dan dapat mengambil pendekatan ini untuk menggalakan komuniti mendapatkan kemudahan yang PEDi sediakan. Selain itu, Program ini juga di harap dapat mempromosikan PEDi kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran dan membantu mempromosikan usahawan tempatan serta dapat membantu usahawan untuk meningkatkan pendapatan.
Maklumat lanjut http://tambuntulang.pimaxis.my/aktiviti/2023/MasterChefJul.html