Microsoft Word dan Aktiviti STEM

Pada 19 Ogos 2032 (Sabtu) – PEDi Presint 9 Fasa 10 telah mengadakan kelas Latihan Asas ICT yang telah disertai oleh 4 orang peserta lelaki. Sesi pembelajaran berlangsung selama 2 jam bertempat di Bilik Latihan PEDi Presint 9 Fasa 10 bermula pada pukul 3.00 petang sehingga 5.00 petang

Bagi aktiviti pertama, peserta mempelajari cara menggunakan Microsoft Word untuk menaip lirik lagu Negaraku. Petugas PEDi memberi tunjuk ajar cara menukar tulisan, saiz, kedudukan text dan sebagainya. Seterusnya pelajar diminta untuk membuat latihan secara individual di komputer masing-masing. Bagi aktiviti kedua, petugas PEDi mengadakan permainan pembelajaran – kahoot bertemakan kuiz asas ICT untuk menguji pengetahuan peserta dan kecekapan mereka milih jawapan yang tepat

Seterusnya, diadakan aktiviti STEM – mencipta payung terjun dari beg plastik. Petugas membuat tayangan video daripada youtube untuk memudahkan peserta untuk melihat dengan lebih jelas dan seterusnya berjaya menghasilkannya. Peserta diberi masa yang mencukupi untuk mencipta payung terjun dan diakhir sesi setiap peserta diminta untuk membuat pembentangan dan demo hasil ciptaan mereka.

Maklumat lanjut http://presint9f10.pimaxis.my/aktiviti/2023/19%20ogos%202023.html

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *