Projek STEM Bersama Pelajar Tabika KEMAS

Pada 25 Ogos 2023 (Jumaat ) – Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Putrajaya iaitu Presint 9 Fasa 3, Presint 9 Fasa 10, Presint 16 dan Presint 18 telah mengadakan program bersama Pelajar Tabika KEMAS sempena bulan Kemerdekaan. Seramai 50 orang pelajar tabika dan 4 orang guru telah menyertai program tersebut yang berlangsung selama 2 jam bermula pada pukul 10.00 pagi sehingga 12.00 petang

Program dimulakan dengan pengenalan asas perkakasan komputer serta fungsinya dan aktiviti senaman A Ram Sam Sam. Bagi program STEM kali ini, pelajar diminta untuk menghasilkan Patung Cawan Merdeka menggunakan bahan seperti cawan kertas, kertas warna, benang, bendera Malaysia dan gam. Petugas PEDi memberi tunjuk ajar langkah-langkah menghasilkannya dan pelajar diberi masa secukupnya untuk memyiapkan projek tersebut secara individual. Melalui aktiviti seperti ini dapat merangsang minda pelajar untuk menghasilkan sesuatu yang bermanfaat dan mereka dapat menggunakannya

Sebagai aktiviti tambahan, diadakan nyanyian lagu sempena kemerdekaan iaitu ‘Saya Anak Malaysia’ dan sesi bergambar bersama pelajar, guru dan petugas PEDi Putrajaya.

Maklumat lanjut http://presint9f10.pimaxis.my/aktiviti/2023/25%20ogos%202023.html

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *