Bengkel Asas Tiktok Kolej Komuniti Tambun Tulang

Pada 17 Ogos 2023, telah berlangsung Bengkel Asas Tiktok bersama Kolej Komuniti Tambun Tulang. Program ini berlangsung bermula pada pukul 9.30 pagi hingga 12.30 tengah hari. Program ini diadakan untuk memberi kesedaran awal kepada komuniti setempat terutama sekali remaja tentang keselamatan ketika menggunakan internet serta kegiatan jenayah siber yang semakin berleluasa. PEDi yang terlibat adalah PEDi Batas Lintang, PEDi Tambun Tulang. Staf PEDi mengambil kesempatan ini untuk memberi tunjuk ajar kepada komuniti di sekitar kolej komuniti tersebut mengenai aplikasi TikTok dan cara untuk mencipta akaun seller bertujuan menghasilkan TikTok affiliate sebagai platform untuk mempromosikan produk-produk dan servis pengiklanan yang menjanjikan keuntungan.

Dengan adanya program seperti ini, ianya dapat merapatkan hubungan PEDi dengan komuniti, dapat memperkenalkan PEDi dengan lebih dekat dan dapat mengambil pendekatan ini untuk menggalakan komuniti mendapatkan kemudahan yang PEDi sediakan. Selain itu, Program ini juga di harap dapat mempromosikan PEDi kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran dan membantu mempromosikan program dari oganisasi lain demi kesejahteraan komuniti setempat.

Maklumat lanjut http://tambuntulang.pimaxis.my/aktiviti/2023/TiktokSept.html

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *