Kelas ICT dan STEM-IoT

Pada 9 September 2023, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Melugu telah mengadakan kelas ICT dan STEM-IoT kepada ahli-ahli PEDi Melugu. Kelas ini diadakan bertujuan untuk memperbaiki kemahiran penggunaan Microsoft Office Powerpoint dan meningkatkan motivasi serta menghasilkan pencapaian yang lebih baik. Dalam kelas ini, peserta telah bermain permainan melalui aplikasi Quiver menggunakan tablet PEDi Melugu.

Peserta terlebih dahulu mewarna gambar penguin yang telah dicetak. Kemudian mereka mengimbas gambar tersebut menggunakan aplikasi Quiver yang telah dimuat turun di tablet untuk mengesan pergerakan animasi yang telah diimbas. Selain itu, peseta juga dikehendaki untuk membuat poster Hari Malaysia menggunakan Microsoft Powerpoint. Mereka telah memuat turun gambar bendera Malaysia dan memasukkan teks ‘Selamat Hari Malaysia’ dan menyimpan poster berkenaan di folder dalam Microsoft Powerpoint.

Maklumat lanjut http://melugu.pimaxis.my/aktiviti/2023/STEMIoTSept.html

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *