e-Learning – Aktiviti Mewarna (Quiver 3D Coloring App)

Pada 7 Oktober 2023, Sabtu, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg. Jeriah telah mengadakan Kelas e-Learning – Aktiviti Mewarna (Quiver 3D Coloring App) yang bermula dari pukul 9:00 pagi sehingga 10:00 pagi bertempat di PEDi Kg. Jeriah. Kelas tersebut telah dihadiri oleh 2 orang peserta. Untuk aktiviti pertama, peserta diminta untuk mewarna gambar yang telah diberikan. Selesai mewarna, peserta akan mengimbas kod QR yang terdapat pada kertas gambar tersebut menggunakan aplikasi Quiver 3D Coloring.

Aplikasi ini menjadikan aktiviti mewarna lebih menarik dan menyeronokkan. Para peserta teruja melihat gambar yang telah diwarnakan terhasil dalam bentuk 3D apabila diimbas menggunakan aplikasi Quiver tersebut. Diharapkan dengan adanya aktiviti seperti ini boleh menjadikan suasana pembelajaran e-Learning di PEDi lebih menarik dan menyeronokkan seterusnya dapat menarik lebih ramai komuniti setempat datang ke PEDi.

Maklumat lanjut https://kgjeriah.pimaxis.my/aktiviti/2023/Quiver3DOct.html

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *