E-learning (Kuiz Matematik Tahun 4) ini berlangsung dengan baik. Kelas ini telah berlangsung dari jam 2.30 petang sehingga 3.30 petang dengan kehadiran 5 orang murid sekolah rendah. Objektif kelas e-learning ini adalah untuk mendedahkan kepada murid-murid terlibat bahawa mengulang kaji pelajaran juga boleh dibuat secara atas talian dan menyeronokkan dengan menggunakan peranti tablet.
Subjek yang dipilih adalah Matematik. Diharapkan kelas seperti ini dapat memberi manfaat kepada murid yang terlibat dan mengharapkan lebih ramai murid-murid sekolah rendah dan menengah di sekitar Felda Taib Andak dan sekitarnya datang ke Pusat Ekonomi Digital Felda Taib Andak untuk menggunakan khidmat kami.
Maklumat lanjut https://feldataibandak.pimaxis.my/aktiviti/2023/QuizMathOct.html