Pada 20 Oktober 2023 yang lalu, pihak PEDi Batang Maro telah mengadakan kelas Microsoft word. Kelas tersebut dihadiri oleh 5 orang murid Sk Batang Maro. Objektif utama kelas tersebut diadakan adalah untuk meningkatkan kelajuan dan ketepatan menaip. Hal ini dikatakan demikian kerana Microsoft word penting untuk membuat sesuatu kerja contonya, membuat surat, membuat nota ataupun dokumen-dokumen lain. Dengan adanya kelas tersebut mereka dapat menaip dengan lebih lancar. Saya berharap agar lebih banyak lagi peserta yang akan mengikuti kelas seperti berikut.
Maklumat lanjut https://batangmaro.pimaxis.my/aktiviti/2023/WordOct.html