Pengiklanan di Mudah.my

Puan Rabiyah Mahadi adalah merupakan seorang pengusaha Homestay, Kontraktor Binaan dan Ejen Hartanah. Jadi beliau selalu datang ke PEDi Linggi untuk belajar pelbagai perkara seperti membuat dokumen perniagaan dan pengiklanan. Kali ini beliau datang untuk meminta tunjuk ajar cara mengiklankan tanah jualannya di platform Mudah.my. Beliau diajar oleh Pengurus PEDi Linggi tentang cara memasukkan iklan tersebut.

Sebelum mula mengiklan, beliau diajar cara mendaftar akaun PRO Niaga di platform tersebut. Selain itu beliau diajar cara membeli kredit, jenis-jenis iklan, cara-cara mempromosi, cara menguruskan iklan yang sudah diterbitkan dan cara membalas mesej pelanggan melalui platform. Puan Rabiyah turut meminta tunjuk ajar tentang cara menaip surat perjanjian menggunakan Microsoft Word. Kelas selama 3 jam ini tamat pada pukul 6.00 petang.

Maklumat lanjut https://linggi.pimaxis.my/aktiviti/2023/MudahAdsOct.html

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *