Program Usahawan Digital @ KKD 2023

Kementerian Komunikasi dan Digital, KKD telah menganjurkan Program Usahawan Digital @ KKD bagi tahun 2023. Objektif program ini adalah untuk mentransformasikan usahawan-usahawan jualan harian ke arah perniagaan secara digital dan meningkatkan penggunaan aplikasi digital dalam perniagaan. Antara pengisian program adalah Slot perkongsian ‘Kenapa perlu digitalkan perniagaan?’, Forum perkongsian pengalaman dan kisah-kisah oleh Usahawan Digital Berjaya (Usahawan MDEC, PEDi/MCMC, MyNIC), Sesi soal jawab, cabutan bertuah dan One to One Clinic Session (MCMC, MyNIC & MDEC).

Usahawan PEDi Putrajaya dari PEDi Presint 18 iaitu Puan Mazlira merupakan salah seorang daripada tiga panel forum perkongsian untuk berkongsi pengalaman serta tips dalam menjalankan perniagaan secara digital sebagai agen produk Noir. Staf PEDi Putrajaya dan MIV juga turut serta bertugas sebagai pempamer di pameran MCMC untuk pendaftaran ahli baru PEDi, penerangan serta memperkenalkan fungsi, program dan aktiviti PEDi kepada usahawan yang hadir. Program telah diadakan di Dewan Utama B1, KKD bermula jam 2.30 petang hingga 6.00 petang.

Maklumat lanjut https://presint18.pimaxis.my/aktiviti/2023/KKDNov.html

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *