PEDi Presint 16 telah menjalankan satu Kelas ICT yang bertajuk Asas Microsoft Word. Fokus utama kelas ini adalah untuk memberikan ilmu asas kepada pelajar tentang kegunaan dan cara-cara menggunakan Microsoft Word. Selain itu, dapat menyiapkan pelajar tentang ilmu-ilmu asas microsoft bagi penyediaan melanjutkan pelajaran keperingkat universiti. Kelas ini diadakan di bilik latihan Presint 16 bermula jam 10:00 pagi sehingga jam 12:00 tengah hari.
Puan Dahiyah Penolong Pengurus PEDi Presint 16 selaku tenga pengajar telah memberi tunjuk ajar kepada pelajar. Bagi sesi pertama, penerangan daripada slide serta tunjuk ajar berkenaan dengan aplikasi tersebut kepada pelajar selama satu jam. Kemudian untuk sesi kedua adalah latihan individu diberikan kepada pelajar bagi memastikan pelajar memahami setiap apa yang dipelajari sepanjang sesi penerangan. Di akhir kelas ini pelajar berjaya memahami cara-cara membuka fail microsoft word dan menaip.
Maklumat lanjut https://presint16.pimaxis.my/aktiviti/2023/WordOct.html