Pada 25 September 2022 (Ahad), pihak PEDi Skio telah mengadakan kelas mencipta poster melalui aplikasi Canva bersama-sama dengan 7 org ahli PEDi Skio. Kelas ini diadakan bertujuan untuk mencungkil bakat dan kreativiti dalam diri para pelajar dalam menghasilkan poster yang menarik dimana mereka juga boleh mengaplikasikan bakat mereka di sekolah dalam mencipta poster-poster untuk kempen yang diadakan.
Para pelajar juga turut dibimbing dengan penggunaan gambar dan juga tulisan yang bersesuaian dengan tema poster yang dihasilkan.