Kelas asas ICT di PEDi Parit Othman diteruskan lagi. Pada minggu ini, para peserta berpeluang untuk mendalami cara-cara mencari maklumat di dalam talian. Topik kelas ini adalah mengenai bencana alam dan ia tertumpu pada bencana banjir. Mereka didedahkan cara bagaimana untuk mengunakan aplikasi Google untuk mencari maklumat yang dikehendaki. Selain itu, mereka juga mengunakan aplikasi ‘Pinterest’ untuk mendapatkan gambar yang sesuai sebagai lampiran pada laporan mereka.
Setelah memperolehi maklumat yang dicari, mereka dikehendaki menyediakan laporan mengikut format yang telah ditetapkan didalam Microsoft Word. Ini secara tidak langsung, beri mereka peluang untuk mengulangkaji mengenai ilmu Microsoft Word yang telah mereka pelajari sebelum ini.
Tambahan diakhir sesi, para peserta turut belajar mengenai cara untuk menghilangkan ‘background’ pada gambar dengan mengunakan aplikasi ‘remove.bg’. Mereka telah mencuba sendiri dan berjaya menukarkan background gambar mereka dan telah memuatnaik gambar tersebut di profil gambar di akaun gmail masing-masing.