Pada 1 November 2022, bimbingan pembukaan akaun CTOS Score telah diadakan. Bimbingan adalah bertujuan untuk memberi tunjuk ajar tentang bagaimana untuk membuka akaun CTOS Score. CTOS adalah sebuah Agensi Pelaporan Kredit yang didaftarkan di bawah bidang kuasa Akta Agensi Pelaporan Kredit 2010.
CTOS mengeluarkan laporan kredit (untuk individu dan syarikat) yang memaparkan rekod kredit mereka untuk tempoh 24 bulan lalu, maklumat tindakan undang-undang, pemilikan syarikat dan pengarah, dan juga testimoni daripada syarikat-syarikat yang pernah berurusniaga dengan mereka.
Bimbingan yang berlangsung sekitar jam 9.00 pagi dan berlangsung selama 1 jam ini juga turut diselit taklimat ringkas mengenai asas komponen komputer dan Klik Dengan Bijak, Penyebaran Maklumat Palsu. Bimbingan ini tamat pada sekitar pukul 10.00 pagi.