Program Keselamatan (Fire Drill)

Pada 29 Oktober 2022 yang lalu, PEDi daerah Bau telah menganjurkan sebuah Program Keselamatan Bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Bau yang telah diadakan bersama dengan komuniti daripada Kg. Skio. Ketetapan program adalah seperti berikut:
Tarikh: 29 Oktober 2022 (Sabtu)
Masa: 9.30 am – 12.30pm
Tempat: Dewan Serbaguna Kg. Skio
Jumlah Peserta: 33 orang
Pengelolaan: Kolaborasi PEDi Daerah Bau

Program ini telah dihadiri oleh kakitangan yang terdiri daripada Pengurus / Penolong Pengurus dari PEDi Daerah Bau beserta dengan Rakan Digital. PEDi daerah Bau yang telah terlibat ialah PEDi Tj. Bowang, PEDi Skio, PEDi Sibuluh, PEDi Krokong, PEDi Bogag serta PEDi Serasot.

Turut hadir ialah 2 orang pegawai Bomba iaitu Encik Daniel Teo dan Encik Azizan sebagai penceramah jemputan yang telah memberikan taklimat dan sesi demonstrasi penggunaan alat pemadam api.

Matlamat program ini adalah seperti berikut:
a) Mendedahkan kepada para peserta mengenai jenis-jenis sumber pemadaman api yang efektif.
b) Menambah pengetahuan kepada para peserta mengenai kaedah yang sistematik untuk menyelamatkan diri ketika berlakunya kebakaran di kediaman / bangunan dan mencegah risiko kebakaran.
c) Memberi peluang kepada peserta untuk berlatih memadam api kebakaran menggunakan alat pemadam api.

Selain itu, para peserta turut diberi peluang untuk melihat alat kelengkapan menyelamat pihak Bomba yang terdapat di dalam van penyelamat mereka.

Pihak PEDi daerah Bau amat berterima kasih terhadap kerjasama padu yang telah diberikan oleh pihak Jabatan Bomba & Penyelamat Bau atas kesudian mereka dalam bersama-sama berkongsi ilmu dan kemahiran yang ada.

Diharapkan melalui program seperti ini, hubungan yang erat dapat dijalinkan dalam kita sama-sama bertanggungjawab menjaga keselamatan dan mencegah kebakaran.

Syabas diucapkan !

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *